Lagu

on 10:29 PM

Lagu KRS

on 10:17 PM

Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kreatif,
Ke arah kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa pada pencipta.

Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan dihati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah...

#
Lagu : Mejar Muhammad Thani Bin Shaaban
Lirik : Left. Ustaz Roslan Abd Rahman
Muzik : Bahagian Teknologi Pendidikan

LOGO

on 5:28 AM

Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat.

Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia .

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara.
  • Hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  • Merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  • Kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
  • Putih melambangkan keikhlasan dan kesucian.
Warna hijau melambangkan Tunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum.
Cogan kata TKRS " ILMU IMAN AMAL"
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli TKRS.
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri

Pengasas KRS

on 4:41 AM


Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Sejarah Penubuhan TKRS

on 4:22 AM

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah.

TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ).

Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pertubuhan ini merupakan unit beruniform asli dari Malaysia.

Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh Bin Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

Sejarah Penubuhan TKRS SK Luyang

on 7:44 PM

Tunas Kadet Remaja Sekolah atau lebih dikenali dengan nama singkatannya TKRS mula mendapat tempat di SK Luyang setelah inisiatif pentadbir menyahut seruan kementerian pelajaran supaya TKRS diwujudkan di semua sekolah di Malaysia dijadikan realiti.

Maka dengan itu, SK Luyang telah berjaya mewujudkan Badan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah pada tahun 2008.

En. Malik Bin Al-Faseh telah dilantik sebagai penasihat TKRS yang pertama bagi merealisasikan impian kerajaan amnya dan sekolah khususnya dan diambil alih oleh Ust. Shahrin Zamani A Bakar setelah beliau berpindah ke sekolah lain.

Pada tahun 2009 merupakan detik bagi penstrukturan semula TKRS SKLKK yang mana TKRS mula dilaksanakan secara sistematik dan mempunyai sistem fail. Jumlah keahlian pada tahun ini seramai 35 orang murid dan 4 orang guru penasihat. Mereka adalah Leftenan Muda KRS En. Shahrin Zamani A Bakar, Leftenan Muda Nurin Kok Kiong, Leftenan Muda KRS En. Aladdy Nyuk dan Leftenan Muda KRS En. Khairil Abd Kadir.
Pada tahun ini juga, TKRS kembali bergiat aktif dengan wujudnya Blog TKRS SK Luyang sendiri di alamat http://www.tkrsluyang.blogspot.com/ atas hasil idea dan usaha Ketua Penasihat TKRS SK Luyang (Lt. Muda KRS Shahrin Zamani A Bakar. Ianya akan dipantau dan dikemaskinikan oleh guru-guru penasihat TKRS SKLKK.



Penubuhan Rasmi TKRS SK Luyang

on 5:50 AM





Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Luyang ditubuhkan pada awal Januari 2008. Namun secara rasminya di beri pentauliahan dan penubuhannya oleh Penggerak KRS Negeri Sabah, En. Eddy dari SK Tanjung Aru 1 pada 4 Februari 2009.



Satu perjumpaan telah diatur oleh Guru Penasihat TKRS bagi sesi taklimat berkaitan. Pendedahan sebegini amat berguna untuk guru-guru penasihat mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan.


Semoga, kursus-kursus sebegini dapat diadakan lagi untuk memantapkan kemahiran pegawai yang dipertanggungjawabkan.