Kem Bersepadu UB 2010

on 7:47 AM

Tempat : Kem Malanggang, Pukak.

Tarikh : 9 -11 April 2010




Pertolongan Cemas III

on 6:51 PM

MENGIKAT PEMBALUTAN

Pembalutan hendaklah diikat dengan simpul buku sila. Simpul buka sila tidak terlucut, rata dan kemas dan ia juga senang dibuka. Apabila mengikat hendaklah kiri di atas kanan, kanan di atas kiri. Semua pembalut hendaklah kemas dan hujungnya diselit ke dalam.

MERAWAT KECEDERAAN RINGAN / TINDAKAN KECEMASAN

Pitam dan pengsan (hilang kesedaran) adalah disebabkan :

1.Udara tidak dapat berkisar dengan betul.
2.Terlalu lapar atau terlalu kenyang.
3.Mendapat berita yang mengejutkan.
4.Darah keluar terlalu banyak.
5.Melihat kejadian ngeri.
6.Mencium bau yang busuk.
7.Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala.
8.Kekurangan darah dalam otak.
9.Berpanas terlalu lama.
10.Otak tercedera

Gejala-gejala

1.Muka menjadi pucat.
2.Berasa pening dan sakit.
3.Denyutan nadi menjadi lemah.
4.Bernafas dengan deras.

Rawatan

1.Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya.
2.Beri udara bersih dengan mengipasnya



Pertolongan Cemas II

on 6:42 PM

Kain pembalut segi tiga ialah kain pembalut yang sangat berguna untuk pertolongan cemas kerana ia senang dibuat atau diperbaiki. Biasanya kain pembalut ini dibuat daripada kain belacu putih tetapi sebarang kain pun boleh digunakan. Skarf pengakap boleh digunakan sebagai pembalut segi tiga. Pembalut ini digunakan bagi mengampu bahagian yang cedera, menahan darah keluar, membalut bahagian yang patah atau tercedera dan menolong mengangkat pesakit.

Kain-kain pembalut yang telah digunakan, hendaklah dibasuh, digosok dan kemudian dilipat dan disimpan dalam kotak pertolongan cemas. Saiz pembalut segi tiga boleh diubah suai mengikut kesesuaian penggunanya.
Kegunaan Pembalut Segi Tiga

Pembalut Terbuka

1.Untuk anduh tangan dan anduh segi tiga.
2.Menetapkan pembalut pada kulit kepala, dada, perut, tangan, kaki, siku, lutut, bahu dan pinggang.
3.Mengipas orang yang tercedera.

Pembalut Lebar

1.Menetapkan anggota-anggota yang patah supaya tidak berganjak.
2.Mengikat anggota-anggota bawah jika ada yang patah.

Pembalut Kecil

1.Menetapkan anggota-anggota yang patah supaya tidak berganjak.
2.Menetapkan kain tutup supaya tidak berganjak.
3.Menekan untuk menahan darah.

Pertolongan Cemas 1

on 6:25 PM

Tujuan :
  • menyelamatkan nyawa
  • mengurangkan penderitaan
  • mencegah kecederaan daripada menjadi lebih parah.

Rawatan ABC
A : Airway – mangsa dapat bernafas
B : Breathing – beri pemulihan pernafasan
C : Circulation – beri tekanan jantung (*CPR) jika denyutan jantung menjadi lemah.

*CPR : cardio pulmonary resuscitation

Digonisasi :
  • mendapat maklumat seperti tanda-tanda gejala yang berguna untuk menentukan kecederaan
  • memeriksa dari kepala hingga bahagian kaki hendaklah dilakukan dengan teliti untuk memastikan rawatan yang diberi adalah tepat.