Kain pembalut segi tiga ialah kain pembalut yang sangat berguna untuk pertolongan cemas kerana ia senang dibuat atau diperbaiki. Biasanya kain pembalut ini dibuat daripada kain belacu putih tetapi sebarang kain pun boleh digunakan. Skarf pengakap boleh digunakan sebagai pembalut segi tiga. Pembalut ini digunakan bagi mengampu bahagian yang cedera, menahan darah keluar, membalut bahagian yang patah atau tercedera dan menolong mengangkat pesakit.
Kain-kain pembalut yang telah digunakan, hendaklah dibasuh, digosok dan kemudian dilipat dan disimpan dalam kotak pertolongan cemas. Saiz pembalut segi tiga boleh diubah suai mengikut kesesuaian penggunanya.

Kegunaan Pembalut Segi Tiga
Pembalut Terbuka
1.Untuk anduh tangan dan anduh segi tiga.
2.Menetapkan pembalut pada kulit kepala, dada, perut, tangan, kaki, siku, lutut, bahu dan pinggang.
3.Mengipas orang yang tercedera.
Pembalut Lebar
1.Menetapkan anggota-anggota yang patah supaya tidak berganjak.
2.Mengikat anggota-anggota bawah jika ada yang patah.
Pembalut Kecil

2.Menetapkan kain tutup supaya tidak berganjak.
3.Menekan untuk menahan darah.

0 comments:
Post a Comment